Sultan Ibrahim (dua kiri) berkenaan menyampaikan anugerah kepada Dr Ali Muhyiddin (kiri). Anwar Ibrahim (dua kanan) bersama Hassan Ahmad (tiga kanan) dan Mohd Na'im Mokhtar (kanan)
KUALA LUMPUR,7 Julai- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Bekas Mufti Pulau Pinang,Datuk Seri Hassan Ahmad yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia,Profesor Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi yang diumumkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi tahun 1446H/2024M hari ini.
Anwar turut berkongsi makna hijrah bagi beliau yang membawa maksud harapan juga terangkatnya martabat insan serta tegaknya keadilan dan berdaulatnya kebenaran.
"Hijrah itu pengorbanan dan perjuangan dalam pembaharuan yang bererti. Perubahan harus dimulai oleh diri kita sendiri dengan merubah jiwa dan minda. Allah SWT meletakkan prasyarat Taghyir al-Nufus (perubahan jiwa dan minda) untuk merubah nasib bangsa ke arah Malaysia yang madani dan berketerampilan.
"Di sebalik maksud hijrah,tersirat makna harapan,terangkatnya martabat insan,tegaknya keadilan,berdaulatnya kebenaran,meratanya kemakmuran dan terjaminnya keselamatan rakyat,dan harapan tersebut mesti terjelma dengan kerja keras dan dukungan rakyat terbanyak," kata Anwar menerusi Facebook beliau.
Anwar juga merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong,Raja Zarith Sofiah yang berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M bertemakan 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI' di Putrajaya hari ini.
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berserta wang tunai,trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan.
Turut hadir Anwar yang diiringiisteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,Menteridi Jabatan PerdanaMenteri(Hal EhwalAgama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sertaKetua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM),Datuk Hakimah Mohd Yusoff.