Berita bertemu

Niaga hadapan emas ditutup kukuh

Jul 2, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,1 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada US$2,339.00 setiap auns troy daripada US$2,335.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala Ogos 2024 naik kepada US$2,355.00 setiap auns troy daripada US$2,351.70 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak September 2024,Oktober 2024,Disember 2024 dan Februari 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,351.70 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan susut kepada dua lot daripada 16 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka turun kepada 16 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 28 Jun,harga emas fizikal berada pada US$2,330.90 setiap auns troy. -BERNAMA