Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong
KUALA LUMPUR,1 Julai- Empat misi utama digariskan bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bagi menjadikan Malaysia negara peneraju dalam sektor industri berteknologi tinggi.
Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong berkata,misi pertama,memajukan ekonomi dengan galakan inovasi penghasilan produk canggih,kedua menfokuskan aspek teknologi dan digital,ketiga mensasarkan karbon sifar bersih dan misi keempat menjaga keselamatan dan kepentingan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS).
"Di samping itu usaha kedua ialah pelan tindakan membangunkan laluan penyahkarbon di peringkat sektorial satu kajian berhubung perkara tersebut telah dilaksanakan oleh MITI dan diselesaiakn pada November 2024.
"Usaha ketiga ialah 'carbon capture' dan ini akan dibangunkan bersama dengan Kementrian Ekonomi,keempat untuk sektor pembuatan untuk menyokong peralihan proses pembuatan yang lebih mampan dengan menggalakkan penggunaan sumber yang optimum kerangka dasar akan dilancarkan pada suku ketiga 2024,"katanya.
Beliau memaklumkan dalam Dewan Rakyat ketika menjawab soalan asal yang dikemukakan wakil Kemaman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.