Berita bertemu

Helikopter TDM mendarat cemas, penggunaan pesawat Agusta A109 LOH digantung sementara

Jun 29, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pesawat Agusta A109 LOH milik Tentera Darat Malaysia (TDM) / Foto Bernama

PADANG BESAR,29 Jun - Penggunaan semua pesawat jenis Agusta A109 LOH milik Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk aktiviti dan latihan,digantung buat sementara waktu.

Langkah itu diambil bagi memberi ruang siasatan dijalankan selepas sebuah pesawat jenis itu,dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Kluang,Johor.

Panglima Tentera Darat,Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata bagaimanapun pesawat tersebut akan dibenarkan beroperasi semula selepas punca kejadian itu,dikenal pasti.

"Bagi tujuan kepastian kita akan gantung sementara semua pesawat untuk semakan teknikal,kita tidak boleh hendak anggap hanya kerana satu pesawat itu berlaku sedemikian,makna semua pesawat pun berada dalam kondisi yang sama.

"Jadi kami lakukan penilaian dan menguji adakah ini satu kerosakan yang biasa atau hanya kerana pesawat tertentu itu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ke 66 di rejimen 504 Askar Wataniah Kem Bukit Keteri,di sini.

Tambah Muhammad Hafizuddeain,rata-rata pesawat jenis Agusta A109 LOH itu telah mencapai usia 19 tahun.

Bagaimanapun,penyelengaraan sentiasa dilakukan bagi memastikan ia berada pada tahap terbaik sebelum digunakan untuk pelbagai tugasan.