Berita bertemu

Harga eksport, import Malaysia meningkat - DOSM

Jun 28, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,28 Jun- Harga eksport dan import Malaysia masing-masing meningkat 0.7 peratus dan 0.1 peratus pada Mei 2024 disumbangkan terutamanya oleh minyak galian.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi kenyataan berkata terma perdagangan Malaysia juga bertambah 0.7 peratus bulan ke bulan kepada 114.8 mata.

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan,kenaikan indeks nilai seunit eksport itu disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian,bahan kimia,alat jentera dan kelengkapan pengangkutan.

Manakala indeks nilai seunit import disumbangkan oleh minyak galian,sayur-sayuran,minyak dan lemak binatang serta bahan mentah tidak boleh dimakan.

Terma perdagangan Malaysia yang bertambah bulan ke bulan pada Mei 2024 didorong oleh kenaikan indeks alat jentera,kelengkapan pengangkutan,bahan mentah tidak boleh dimakan dan makanan.