Berita bertemu

Malaysia-China setuju Kerjasama Jendela Tunggal untuk tingkat perdagangan rentas sempadan

Jun 20, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,19 Jun- Malaysia dan China setuju tubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama dalam Kerjasama Jendela Tunggal.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan media memaklumkan,ia memberi ruang kepada kedua-dua negara berbincang dan mengkaji pendekatan terbaik pelaksanaannya.

Ini terutamanya melalui inisiatif Jendela Tunggal Nasional diterajui oleh MOF.

Persetujuan untuk menubuhkan kerjasama itu antara inti pati perbincangan dua hala melibatkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,dan Perdana Menteri Republik China,Li Qiang.

“Kerjasama jendela tunggal antara Malaysia dan China ini berkebolehan untuk meningkatkan kecekapan proses perdagangan rentas sempadan melalui pendigitalan proses kawal selia perdagangan,penghapusan keperluan mengemukakan dokumentasi lewah dan menggalakkan pertukaran maklumat yang lebih lancar serta tepat di antara pemegang taruh dan rakan dagang lain,” kata Datuk Seri Anwar.

Antaranya melalui pendigitalan proses kawal selia perdagangan dan galakkan pertukaran maklumat lebih lancar dan tepat antara pemegang taruh dan rakan dagang lain.

Usaha membangunkan Kerjasama Jendela Tunggal seiring aspirasi kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan transformasi digital dan memudah cara perniagaan bagi merancakkan ekonomi negara.

Pada suku pertama 2024,perdagangan Malaysia dengan China mencatat kenaikan kepada RM112.28 bilion berbanding RM108.66 bilion pada tahun lalu.

Ini meliputi jumlah eksport dari Malaysia ke China sebanyak RM44.5 bilion dan import dari China sebanyak RM67.78 bilion.