
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,2 November – Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiat usaha mengubah tabiat dan tingkah laku rakyat bagi membendung penyakit tidak berjangkit (NCD) yang meragut kira kira 96,000 nyawa setiap tahun.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pendekatan itu mengambil kira kemampuan membeli serta ketersediaan dan kebolehcapaian makanan sihat,selain memerlukan kerjasama kerajaan,industri dan masyarakat.
Usaha berkenaan diperkukuh melalui cukai eksais minuman bergula,pendidikan pemakanan,kerjasama industri mengurangkan kandungan gula dan garam serta penggalakan aktiviti fizikal.
Pada 2024,KKM menerima RM25 juta daripada kutipan cukai eksais minuman bergula. Daripada jumlah itu,RM21 juta digunakan untuk pembelian ubat perencat SGLT2,manakala RM4 juta bagi program advokasi Perang Terhadap Gula.