
Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR,20 Oktober – Tindakan membanteras kegiatan “mafia korporat” terus dipertingkat,dengan RM4.3 bilion dana dibekukan,RM1 bilion aset disita serta RM1.1 bilion kompaun dikeluarkan sejak akhir 2022 hingga September tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil Port Dickson,Datuk Seri Aminuddin Harun pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat,hari ini.
Jelas Perdana Menteri lagi,kesemua tindakan membanteras kegiatan mafia korporat dibuat berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA).