Berita Hotel

Malaysia ketengah dua keutamaan dalam COP31

Nov 2, 2026 IDOPRESS


Setiausaha Bahagian Perubahan Iklim NRES,Ahmad Farid bin Mohamed

KUALA LUMPUR,2 November — Malaysia bakal mengetengahkan dua keutamaan utama dalam rundingan Persidangan Pihak Pihak ke 31 (COP31),bagi memastikan keseimbangan antara komitmen iklim antarabangsa dengan keperluan pembangunan negara.

RINGKASAN BERITA AI

−

Sementara itu,NRES sedang memuktamadkan Pelan Adaptasi Kebangsaan yang dijadualkan siap tahun hadapan untuk dikemukakan kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Pelan itu merangkumi enam sektor utama,iaitu pertanian,biodiversiti,kesihatan awam,sumber air,hakisan pantai dan infrastruktur,bagi mengurangkan risiko perubahan iklim serta melindungi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu,Pavilion Malaysia di COP31 akan menghimpunkan kerjasama sektor kerajaan,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan,selain mempamerkan potensi pasaran karbon,keupayaan alam semula jadi serta inisiatif mitigasi negara untuk dikongsi di peringkat antarabangsa.