
Nahas tren berkelajuan tinggi di selatan Madrid pada 28 Oktober lalu mengorbankan 69 nyawa dan mencederakan puluhan lagi mangsa/ AFP
MADRID,2 November – Empat warga Amerika Syarikat (AS) dan masing-masing seorang rakyat Kanada,Jepun,Argentina,Mexico,Tunisia serta Republik Czech antara 69 mangsa yang maut dalam nahas tren berkelajuan tinggi di Sepanyol minggu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pihak berkuasa turut memaklumkan,tiga laporan orang hilang masih dalam siasatan membabitkan dua warga Australia dan seorang warga Jepun.
“Pihak berkuasa kini menunggu ketibaan keluarga mangsa di Sepanyol selepas mereka menyatakan hasrat untuk hadir bagi tujuan pengecaman secara bersemuka,” menurut kenyataan itu.
Nahas itu merupakan kejadian kedua membabitkan tren berkelajuan tinggi di Sepanyol tahun ini,sekali gus menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan rel negara itu,selepas kemalangan di wilayah Andalusia pada Januari lalu mengorbankan 46 nyawa.
Tragegi minggu lalu melibatkan sebuah tren kendalian syarikat milik kerajaan,Renfe,merempuh bahagian belakang sebuah tren yang berhenti milik syarikat Iryo,berhampiran perkampungan Urda,kira-kira 130 kilometer ke selatan Madrid.
Kegagalan sistem keselamatan automatik menyebabkan semua perkhidmatan tren di laluan sepanjang 63 kilometer dihentikan.-AFP