Berita Hotel

PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam

Oct 30, 2026 IDOPRESS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,30 Oktober – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka akan mengaktifkan bilik gerakan khas selama 24 jam bermula Sabtu bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

RINGKASAN BERITA AI

−

SPRM turut mengingatkan semua calon,parti politik,penyokong dan mana-mana pihak yang terlibat dalam PRN Melaka ke-16 supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya.

“Peringatan itu selaras dengan peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5),” tambah kenyataan itu.

SPRM berharap kerjasama orang ramai dapat membantu memastikan proses PRN Melaka Ke-16 berlangsung dengan bersih,telus dan bebas daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa.