Berita Hotel

Kesiapsiagaan MTL: Agensi perlu rancang perolehan aset lebih awal

Oct 30, 2026 IDOPRESS

Datuk Meor Ismail Meor Akim

PUCHONG,30 Oktober – Agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana diingatkan supaya membuat permohonan peruntukan dan keperluan aset lebih awal,dan tidak menunggu sehingga Monsun Timur Laut (MTL).

RINGKASAN BERITA AI

−

Dalam pada itu,beliau menegaskan pengurusan bencana bukan usaha satu agensi semata-mata,sebaliknya memerlukan penyelarasan erat antara agensi di peringkat persekutuan,negeri dan daerah bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan pantas dan berkesan.

Mengulas risiko cuaca sepanjang MTL 2026/2027,beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memahami perbezaan antara ramalan hujan dengan ramalan banjir.

“Ini kerana ramalan hujan lebat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),tidak semestinya dapat menentukan secara tepat bila dan di mana banjir akan berlaku,” jelasnya.

Risiko banjir turut dipengaruhi faktor lain,termasuk tempoh dan intensiti hujan,keadaan geografi serta paras sungai dan sistem saliran setempat.