
Foto AFP
BOGOTA,30 Oktober – Seramai 256 warga Colombia terbunuh manakala,973 lagi dilaporkan hilang dalam peperangan antara Rusia dan Ukraine.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Mereka yang memutuskan untuk meninggalkan negara ini bagi menyertai konflik bersenjata antarabangsa,terdapat terhadap perlindungan dan bantuan konsular di kawasan konflik,” katanya.
Dalam pada itu,Ukraine turut mencatatkan jumlah kehilangan rakyat yang lebih tinggi iaitu seramai 666 orang berbanding 297 orang di pihak Rusia.
Kyiv menegaskan bahawa pengambilan warga asing untuk menyertai pasukan tenteranya adalah sah di sisi undang-undang.
Manakala,Moscow menafikan sebarang kaitan dengan rangkaian merekrut bagi tujuan peperangan tersebut.
Bagaimanapun,keluarga di Colombia mendakwa insan tersayang mereka yang berada di medan perang mengalami layanan yang buruk.
Dengan latihan ketenteraan selama beberapa dekad untuk menghadapi kumpulan gerila bersenjata yang kuat dan kartel dadah di kawasan hutan serta pergunungan,anggota tentera Colombia sering menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan selepas bersara daripada perkhidmatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekurang-kurangnya 10,000 bekas anggota tentera upahan Colombia kini terlibat dalam konflik di luar negara,tertarik dengan janji palsu mengenai gaji lumayan dan jaminan keselamatan.
Dalam kebanyakan kes,mereka terpaksa bekerja dalam ‘keadaan tidak berperikemanusiaan’.-AFP