Berita Hotel

11 barangan disenarai dalam SHMMP Deepavali mulai 4 hingga 10 Nov

Oct 29, 2026 IDOPRESS

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 menyenaraikan 11 jenis barangan berbanding 9 jenis tahun lalu/Foto Facebook Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR,29 Oktober – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menambah bilangan barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 kepada 11 jenis barangan berbanding sembilan jenis,tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI

−

Bagaimanapun,daging kambing biri-biri bertulang import menjadi satu-satunya barangan yang mencatatkan peningkatan harga maksimum di peringkat borong dan runcit,melibatkan Semenanjung Malaysia,Sabah,Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Mengulas lanjut,beliau berkata Malaysia masih mampu mengekalkan kestabilan harga meskipun berdepan gangguan rantaian bekalan susulan konflik di Asia Barat.

“Walaupun kita berhadapan dengan krisis konflik Asia Barat yang mengganggu rantaian bekalan,Alhamdulillah,Malaysia masih mampu memastikan pergerakan harga kekal stabil berdasarkan data dan pelaksanaan SHMMP.

“Bagi tempoh tujuh hari ini,harga maksimum telah ditetapkan hasil perbincangan bersama pihak industri dan peniaga perlu mematuhinya,termasuk bagi barangan yang ketika ini dijual melebihi paras harga maksimum yang ditetapkan. Penguatkuasaan akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan,” katanya pada sidang media pengumuman pelaksanaan SHMMP Deepavali 2026 di sini,hari ini.

Beliau menambah,pelaksanaan skim berkenaan mengambil kira keadaan semasa bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada pengguna dan peniaga,dengan memastikan pengguna mendapat barangan pada harga berpatutan tanpa membebankan peniaga melalui tempoh kawalan harga yang terlalu panjang.

“Penetapan senarai barangan,paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan turut mengambil kira faktor permintaan dan penawaran,kos semasa,cuaca serta kadar upah,selain pandangan rakan strategik termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),agensi kerajaan serta pemain industri,” katanya.

Selain SHMMP,KPDN turut melaksanakan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Deepavali bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Orang ramai boleh menyemak jadual pelaksanaan program berkenaan menerusi portal rasmi PJRM atau aplikasi Info Jualan RAHMAH MADANI.

“KPDN turut bekerjasama dengan Petronas AutoExpert menerusi program Servis Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert (SIM@PAX) sempena Deepavali 2026,membabitkan 124 bengkel Petronas AutoExpert di seluruh negara dari 25 Oktober hingga 7 November ini.

“Tempahan janji temu mengikut tarikh dan lokasi servis kenderaan boleh dibuat menerusi aplikasi SETEL oleh Petronas,” tambah beliau lagi.