
Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr. Awang Alik Jeman (tengah) menyempurnakan pelancaran Pelan Strategik AKPS 2026-2030 pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-2 AKPS di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini / Foto BERNAMA
SEPANG,26 Oktober – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merekodkan nilai rampasan berjumlah RM322.74 juta sehingga Oktober tahun ini,meningkat empat kali ganda berbanding tahun lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS,Ismail Mokhtar.
Dalam perkembangan berkaitan,AKPS diberi tanggungjawab menerajui pelaksanaan tiga syor keselamatan pintu masuk negara,merangkumi saringan bersasar berasaskan risiko,pengukuhan unit anjing pengesan K9 serta penyelarasan risikan antara agensi.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada pelan penambahbaikan keselamatan susulan insiden penahanan seorang juruterbang di Jakarta pada 28 Julai lalu.
Sehubungan itu,AKPS akan menyelaraskan operasi bersepadu menerusi Op Sundang bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
AKPS turut digesa memperkukuh kawalan sempadan,melancarkan urusan pengembara dan perdagangan,membanteras penyeludupan serta memastikan integriti dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tanpa kompromi.
Pada majlis sama,logo baharu dan hologram AKPS dilancarkan untuk ditempatkan di pintu masuk utama negara bagi membantu pengembara menyediakan maklumat yang diperlukan ketika tiba di Malaysia.
Pelancaran Pelan Strategik AKPS 2026–2030 turut diadakan pada majlis berkenaan.