
Foto Viory
CHIHUAHUA,26 Oktober- Langit di Ciudad Juarez,di sini,Mexico,bertukar kemerahan dan jingga pada Jumaat selepas bandar itu dilanda ribut kuat yang disertai hujan batu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Ribut pada petang hingga malam Jumaat itu turut menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan bandar,dengan jalan utama ditenggelami air dan kenderaan terkandas.
Hospital Zon Am No. 6 di bawah Institut Keselamatan Sosial Mexico (IMSS) turut terjejas apabila air membanjiri ruang bawah tanah dan kebocoran dilaporkan di beberapa bahagian termasuk kawasan sinar-X dan bilik pembedahan. -Viory