Berita Hotel

Pencemaran minyak kapal tangki rosak, jejas pantai UAE

Oct 26, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

KAHERAH,25 Oktober – Beberapa pantai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditutup akibat pencemaran minyak yang dipercayai berpunca daripada serangan ke atas sebuah kapal tangki semasa perang melibatkan Iran,menurut Kementerian Alam Sekitar pada Ahad,lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

RINGKASAN BERITA AI

−

Kapal tangki sepanjang 330 meter itu mula mengalami kebocoran minyak selepas diserang dua minggu lepas,kata Zwijnenburg kepada dpa. Tumpahan minyak yang terhasil kini merebak kira-kira 90 kilometer.

Agensi Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO) melaporkan serangan berkenaan dua minggu lepas,dengan menyatakan satu projektil telah menghentam kapal itu dan mencetuskan kebakaran di atas kapal.

Perairan yang terjejas merupakan habitat kepada pelbagai hidupan laut termasuk dugong,lumba-lumba dan penyu.

Terumbu karang,pokok bakau dan padang rumput laut juga menyediakan habitat penting serta kawasan mencari makan bagi pelbagai spesies burung dan hidupan marin.

Pencemaran minyak di rantau Teluk meningkat dengan ketara sejak perang melibatkan Iran bermula pada Februari. – BERNAMA-dpa