Berita Hotel

Korban serangan kumpulan penyamun di Nigeria meningkat

Oct 26, 2026 IDOPRESS

Foto Fail AFP

MAIDUGURI,26 Oktober – Angka korban akibat serangan kumpulan penyamun bersenjata di timur laut Nigeria meningkat kepada 50 orang susulan penemuan puluhan mayat di kawasan terjejas.

RINGKASAN BERITA AI

−

Bagaimanapun,beberapa mangsa dilaporkan lemas ketika cuba melarikan diri.

Usaha mengesan dan membawa keluar mayat turut berdepan kesukaran apabila penduduk meninggalkan kediaman masing-masing secara tergesa-gesa bagi menyelamatkan diri daripada ancaman kumpulan bersenjata itu.

Nigeria telah lama berdepan pemberontakan kumpulan militan di bahagian timur laut negara itu,manakala negeri Taraba,yang terletak di bahagian timur negara berkenaan,turut berdepan ancaman kumpulan penyamun bersenjata.

Sementara itu,Amnesty International Nigeria pada Sabtu mengkritik pihak berkuasa negara itu yang didakwa gagal melindungi penduduk luar bandar daripada serangan berulang kumpulan bersenjata.

Organisasi hak asasi manusia itu turut memberi amaran bahawa kegagalan berterusan untuk membawa individu yang disyaki terlibat ke muka pengadilan berisiko mendorong peningkatan keganasan serta membolehkan pelaku terus bertindak tanpa dikenakan hukuman. – AFP