
Foto RTM
KUALA LUMPUR,21 Oktober– Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) berjaya melunaskan pembayaran keuntungan dan prinsipal Sukuk berjumlah RM2.149 bilion setakat ini,sekali gus memperkukuh sasaran memulangkan empat lebuh raya di bawah pengurusannya kepada Kerajaan Malaysia menjelang 2033.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Keutamaan ALR adalah mempercepatkan pemendekan tempoh konsesi empat lebuh raya di bawah pengurusannya KESAS,LITRAK (LDP),SPRINT,dan SMART supaya dapat dipulangkan semula kepada Kerajaan Malaysia dengan lebih awal,” jelas beliau semasa sesi taklimat media di pejabat SMART
Tambahnya,pengambilalihan empat lebuh raya berkenaan pada Oktober 2022 dilaksanakan tanpa menggunakan dana awam atau jaminan kerajaan.
Langkah itu turut mengelakkan kerajaan daripada menanggung beban kewangan menerusi pembayaran pampasan berikutan penangguhan kenaikan kadar tol.
Hasil penjimatan dan kelancaran pembayaran obligasi kewangan itu membolehkan ALR menyasarkan pemulangan kesemua konsesi kepada kerajaan pada 2033,lima tahun lebih awal berbanding unjuran asal pada 2038.
Dalam pada itu,keempat-empat lebuh raya berkenaan terus mengekalkan penarafan prestasi penyelenggaraan tertinggi,iaitu empat bintang daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Sementara itu,Terowong SMART kekal sebagai infrastruktur penting dalam mengurangkan risiko banjir di ibu negara,dengan berjaya mengalihkan 266.03 juta meter padu air banjir menerusi 685 kejadian sejak mula beroperasi pada 2007.