
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Mohamad Alamin
KUALA LUMPUR,20 Oktober – Kira-kira 50,000 orang disasar mengunjungi Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 Edisi Sabah yang bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagi edisi Sabah,hampir 150 usahawan tempatan akan menyertai karnival itu bagi mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.
Menurut beliau,kejayaan karnival itu akan diukur berdasarkan penyertaan usahawan,sambutan masyarakat,transaksi jualan harian serta hasil sesi padanan perniagaan.
“Penglibatan usahawan dan sambutan masyarakat menjadi indikator utama,di samping semakan sasaran jualan harian.
“Kita juga menitikberatkan padanan perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa supaya produk usahawan tempatan dapat menembusi pasaran korporat dan rantaian peruncitan utama,seperti stesen minyak Petronas serta Petron,” katanya.
Selain pameran perniagaan,pengunjung berpeluang menikmati potongan harga barangan sehingga 30 peratus menerusi Jualan MADANI.
TEKUN Nasional turut menyediakan kaunter perkhidmatan prakelulusan pembiayaan yang meluluskan permohonan dalam masa hanya tiga jam bagi permohonan dengan dokumen lengkap.
Karnival selama tiga hari itu turut dimeriahkan dengan pelbagai acara hiburan dan kerohanian,termasuk Malam Gema Rohani bersama kumpulan nasyid Inteam dan qari antarabangsa,selain persembahan artis tempatan,antaranya kumpulan XPDC,Datuk Francis Landong,Velvet Aduk dan Felix Agus,serta sesi ramah mesra bersama ikon budaya Unduk Ngadau Sabah.