
Foto Hiasan
TOKYO,20 Oktober– Alat keselamatan siber berasaskan kecerdasan buatan (AI) dari China,Artex,dipercayai digunakan dalam beberapa siri serangan siber terhadap syarikat di Jepun,menurut sebuah firma keselamatan siber.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagaimanapun,pembangunnya pada bulan ini menyekat akses pengatur cara kepada kod sumber alat berkenaan selepas mengakui ia disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Langkah itu diambil selepas Korea Selatan mengaitkan Artex dengan beberapa serangan siber terhadap institusi kewangan di negara berkenaan.
Pembangun Artex menegaskan penggunaan alat itu untuk melancarkan serangan siber bertentangan sepenuhnya dengan tujuan asal pembangunannya,selain memaklumkan projek berkenaan tidak akan dikemas kini lagi.
Sementara itu,Fukumori berkata siasatan GMO turut mengenal pasti enam pelayan internet yang digunakan untuk melancarkan serangan berasaskan AI.
Setiap pelayan berkenaan dikategorikan mengikut sektor sasaran,termasuk kewangan,perdagangan elektronik dan logistik.
Bagaimanapun,beliau tidak mendedahkan lokasi pelayan berkenaan atau identiti pihak yang dipercayai mengendalikannya.
Menurut Fukumori,maklumat berkaitan telah diserahkan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mengelakkan serangan lanjut.
Dalam perkembangan berkaitan,kerajaan Jepun menggesa syarikat di negara itu supaya memperkukuh pertahanan siber masing-masing susulan ancaman yang semakin berkembang.
Awal bulan ini,ketua jawatankuasa keselamatan siber parti pemerintah Jepun menyifatkan keadaan semasa sebagai darurat berikutan kemunculan ancaman baharu dalam ruang siber.-AFP