
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi/ AFP
TEHRAN,20 Oktober – Kementerian Luar Iran pada Isnin memanggil Duta Jerman ke Tehran,Axel Dittmann,susulan dakwaan negara itu yang disifatkan sebagai tuduhan politik tidak berasas terhadap negara berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Kementerian Luar Jerman menerusi platform X mengesahkan duta Iran telah dipanggil dan menegaskan Tehran tidak akan dibenarkan mengancam masyarakat bebas negara itu.
“Cubaan pembunuhan itu akan dikenakan tindakan undang-undang,” menurut kenyataan berkenaan.
“Kami tidak akan bertolak ansur terhadap serangan ke atas masyarakat Yahudi atau pihak yang mempertahankannya di mana sahaja,dan sudah tentu di Jerman.
Lelaki warga Denmark Ali Hassan S. dijatuhi hukuman penjara lapan tahun enam bulan,manakala lelaki warga Afghanistan yang direkrut sebagai rakan subahatnya dipenjara empat tahun enam bulan.
Kedua-duanya ditahan di Denmark tahun lalu sebelum diekstradisi ke Jerman untuk dibicarakan.
Ketika menjatuhkan hukuman,hakim menyatakan kedua-dua lelaki itu bersalah melakukan aktiviti pengganas yang didalangi Iran.
Ketika pertuduhan terhadap mereka diumumkan,Kedutaan Iran di Berlin menolak dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas yang dibuat atas desakan pihak yang memusuhi Iran.-AFP