
Foto RTM
ALOR SETAR,13 Oktober – Pesawah di Kawasan Muda menyambut baik Belanjawan MADANI 2027 yang mengekalkan Insentif Pembajakan pada kadar RM300 sehektar semusim,selain menaikkan Insentif Penuaian Padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,pelaksanaan projek menaik taraf sistem pengairan dan kerja pemulihan Empangan Pedu turut diberi penekanan bagi memastikan bekalan air untuk aktiviti penanaman padi di Kawasan Muda terus terjamin.
Sehubungan itu,jawatankuasa berkenaan berharap semua inisiatif yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dapat dilaksanakan dengan berkesan dan disalurkan secara langsung kepada golongan sasar.
Sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan,pesawah di Kawasan Muda turut berikrar untuk terus komited mengusahakan tanaman padi secara optimum bagi menyumbang kepada kestabilan dan keterjaminan makanan negara.