
Foto Hiasan
LABUAN,10 Oktober– Kenaikan kadar pencen minimum daripada RM1,000 kepada RM1,350 serta Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM750 menerusi Belanjawan 2027 disambut baik golongan pesara di Labuan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kami mengucapkan syukur,Alhamdulillah,dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas bantuan ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan kami,terutama ketika harga barangan meningkat mendadak,” katanya.
Sementara itu,Ketua Cawangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Labuan,Bolkiah Aziz berharap kerajaan terus mempertimbangkan penambahbaikan kadar pencen pada masa hadapan,khususnya bagi merapatkan jurang perbezaan pencen pesara sebelum dan selepas tahun 2013.
“Ini merupakan satu langkah yang baik dalam membantu meringankan beban pesara dan veteran. Namun,saya berharap kerajaan terus mempertimbangkan penambahbaikan kadar pencen pada masa hadapan bagi merapatkan jurang perbezaan antara pesara yang bersara sebelum dan selepas tahun 2013,” katanya.
Kadar pencen baharu itu dijangka memanfaatkan hampir 59,000 pesara,veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan.
BKK RM750 pula akan dikreditkan terus ke akaun penerima sebelum Aidilfitri dan ambang Tujuh Dasawarsa Kemerdekaan.