
Fenomena matahari kemerahan jelas kelihatan di ruang udara Putrajaya pagi semalam (8 Oktober) susulan keadaan jerebu,selari bacaan IPU pada paras 173 yang dikategorikan sebagai tidak sihat/ Bernama
KUALA LUMPUR,9 Oktober- Semua premis Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 180 hendaklah ditutup mulai hari ini susulan keadaan jerebu yang melanda negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Penyelia KAFA juga perlu memantau pelaksanaan sesi PdPR berdasarkan kepada kaedah yang digunakan oleh guru KAFA di daerah masing-masing,” katanya.
Dalam masa sama,beliau turut meminta ibu bapa dan penjaga memastikan anak berada di rumah serta mengurangkan aktiviti luar sepanjang tempoh penutupan.
Sementara itu,pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) secara bertulis akan diteruskan mengikut tarikh yang ditetapkan.
“Namun demikian,jika jerebu masih berlarutan,JAKIM akan mengeluarkan panduan khusus bagi pelaksanaan UPKK kepada semua Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN).
“PBAN hendaklah membuat pemantauan secara berterusan dan mengambil tindakan sewajarnya apabila bacaan IPU melebihi paras yang ditetapkan,” katanya.
Tambah Datuk Dr. Sirajuddin,pihaknya akan terus memantau perkembangan keadaan jerebu bagi memastikan keselamatan,kesihatan dan kebajikan murid serta guru KAFA terus terpelihara.