
Foto BERNAMA
JAKARTA,8 Oktober – Indonesia menyambut baik cadangan Malaysia untuk menaikkan had umur maksimum pekerja warganya daripada 40 kepada 45 tahun,ketika kedua-dua negara bakal memperbaharui perjanjian buruh dua hala.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada Rabu,Ramanan memberitahu Bernama rundingan untuk memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) pekerja asing dua hala,yang ditandatangani pada 2004 dan tamat pada awal 2027,berada pada peringkat akhir.
Menyifatkan perbincangan Selasa sebagai sangat produktif,beliau berkata kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai penyelesaian isu berbangkit bagi memastikan perjanjian yang diperbaharui akan menangani kepentingan majikan dan pekerja di kedua-dua negara.
Sementara itu,menurut kementerian Indonesia,Malaysia juga telah menyediakan draf awal meliputi perlindungan sosial,kelayakan cuti dan prosedur pengambilan di samping cadangan untuk memperkenalkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) bagi meningkatkan ketelusan pengambilan.
Menurut kementerian itu,sistem tersebut dijangka menyelaraskan pengambilan,mengurangkan halangan prosedur dan mengehadkan penglibatan pengantara yang tidak dibenarkan manakala Malaysia telah menawarkan taklimat teknikal kepada kementerian Indonesia yang berkaitan sebelum kemungkinan pelaksanaannya.
Malaysia telah mencadangkan untuk memperluas perlindungan keselamatan sosial menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada semua pekerja asing Indonesia termasuk perlindungan sepanjang masa dan perlindungan untuk perjalanan ke dan dari tempat kerja.
Kedua-dua negara juga sedang membincangkan pelarasan untuk kelayakan cuti dan mekanisme pengambilan,termasuk pengaturan kerajaan-ke-kerajaan dan agensi berdaftar,sambil mengkaji kos penempatan bagi memastikan pekerja tidak dikenakan beban kewangan berlebihan. -BERNAMA