Berita Hotel

Kemarau: Papua New Guinea isytihar darurat kemanusiaan

Oct 8, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

MELBOURNE,8 Oktober – Kemarau akibat El Nino di Papua New Guinea (PNG) telah melarat menjadi darurat kemanusiaan dengan jutaan penduduk terjejas,menurut menteri bencana negara itu,lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI

−

Dua bahagian lagi belum menyerahkan laporan kemarau,kata Joseph.

Beliau berkata laporan wilayah menganggarkan bahawa kemarau telah menyebabkan kira-kira 5.5 juta orang sama ada terjejas,terdedah atau berisiko tinggi dan pihak berkuasa kesihatan melaporkan risiko cirit-birit,disentri,kepialu,malaria,jangkitan kulit dan kekurangan zat yang lebih tinggi.

Akhbar Port Moresby,Post Courier,melaporkan pada Khamis,NDC telah menggesa pemimpin tiga wilayah,termasuk Daerah Ibu Negara,mengambil langkah kritikal untuk menjimatkan air.

Menurut Biro Meteorologi Australia dalam kemas kini terbaharunya pada 29 Sept,indeks lautan dan atmosfera konsisten dengan El Nino yang kuat,dengan ramalan pemanasan berterusan untuk (Laut) Pasifik tropika sepanjang musim bunga hemisfera selatan. -BERNAMA-XINHUA