
Anggota tentera dilihat bersiap sedia bagi persiapan istiadat pengebumian
PUTRAJAYA,28 September – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan persiapan bagi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Tanah Perkuburan Islam,Presint 20,di sini hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas solat Asar yang dijadual berlangsung pada pukul 4.15 petang di Pusara Negara,Putrajaya.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa,Klang,Selangor,Allahyarham merupakan anak keenam daripada 10 beradik.
Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah,yang setia mendampingi Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang kehidupan dan perjalanan perjuangannya,meninggalkan tujuh orang anak.
Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN),Kuala Lumpur,pada usia 100 tahun pagi ini.
Berita pemergiannya disahkan anaknya,Tan Sri Mokhzani Mahathir.