Berita Hotel

Pertahanan Awam Gaza temukan jasad 28 rakyat Palestin di bawah runtuhan

Sep 28, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

BANDAR GAZA/ISTANBUL,28 September – Pertahanan Awam Gaza pada Ahad memaklumkan bahawa pasukannya menemukan jasad 28 rakyat Palestin di bawah runtuhan sebuah rumah yang dimusnahkan tentera Israel pada Oktober 2023.

RINGKASAN BERITA AI

−

Fasa berkenaan bermula pada 19 Julai dan meliputi beberapa lokasi di Bandar Gaza,utara Gaza serta kem pelarian Nuseirat.

Pertahanan Awam menganggarkan kira-kira 1,072 mangsa mungkin masih tertimbus di bawah bangunan terbabit.

Pasukan penyelamat merancang menjalankan pencarian di 147 rumah di wilayah utara dan tengah Gaza dalam tempoh keseluruhan 800 jam bekerja.

Menurut Pertahanan Awam,operasi itu berjalan perlahan berikutan kekurangan jentera berat yang diperlukan untuk mengalihkan runtuhan.

Pegawai Palestin berkata perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Okt 2025 memperuntukkan kemasukan jentera bagi membantu kerja pembersihan runtuhan dan usaha menemukan mangsa.

Dalam fasa pertama yang bermula pada akhir November 2025,jasad 333 mangsa ditemukan.

Pada Oktober 2025,pejabat media kerajaan Gaza menganggarkan kira-kira 9,500 rakyat Palestin masih hilang sejak perang bermula,termasuk mereka yang dipercayai tertimbus di bawah bangunan yang musnah serta individu yang masih tidak diketahui keberadaannya.

Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut membangkitkan kesan trauma berterusan akibat penantian panjang untuk menemukan jasad mangsa.- BERNAMA-ANADOLU