Berita Hotel

DR Congo perluas vaksinasi ebola ke Ituri

Sep 20, 2026 IDOPRESS

Foto REUTERS

KINSHASA,20 September– Program vaksinasi Ebola diperluas pada Sabtu ke wilayah Ituri,pusat penularan wabak di timur Republik Demokratik Congo (DRC) dengan lebih 3,700 orang telah menerima vaksin Ervebo di negara itu,lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI

−

Daripada jumlah itu,50,000 dos diperuntukkan kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan,manakala 20,000 dos diketepikan bagi ujian klinikal Fasa 3 yang bertujuan menilai kesan vaksin terhadap virus Bundibugyo.

Menurut Africa CDC,sebanyak 16,520 dos telah diterima di DRC setakat pertengahan September.

Penggunaan Ervebo bermula pada 27 Ogos menerusi program berasaskan protokol yang menyasarkan individu berisiko tinggi terdedah kepada virus itu.

Setakat 17 September,seramai 3,771 orang telah menerima vaksin,termasuk 3,063 di wilayah Tshopo dan 708 di wilayah Bas-Uele,menurut kemas kini epidemiologi terbaharu yang dikeluarkan kerajaan DRC pada Sabtu.

BRAVO,yang dijangka berlangsung selama sembilan hingga 12 bulan,termasuk tiga bulan tempoh vaksinasi dan sekurang-kurangnya enam bulan pemantauan peserta,merupakan satu lagi langkah dalam usaha mendapatkan bukti mengenai potensi keberkesanan vaksin itu terhadap Bundibugyo.

Satu lagi ujian Fasa 3 berasingan,berasaskan strategi vaksinasi kelompok secara rawak turut dirancang bagi menilai keberkesanan Ervebo dengan lebih menyeluruh.

Menurut kerajaan DRC,negara itu kini merekodkan 7,541 kes yang disahkan,639 kematian dengan kadar kematian kes keseluruhan 48.3 peratus. Seramai 1,823 pesakit telah pulih.

Wabak yang diisytiharkan pada Mei itu kini menjadi wabak Ebola terbesar dan paling membawa maut pernah direkodkan di DRC serta wabak Ebola kedua terbesar di dunia selepas epidemik Afrika Barat pada 2014 hingga 2016.- BERNAMA-XINHUA