Berita Hotel

Lawatan ke Maldives: PM Anwar terima sambutan rasmi di Republic Square

Sep 15, 2026 IDOPRESS

Lawatan rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Maldives berlangsung selama dua hari / Foto BERNAMA

MALE,15 September – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi penuh istiadat di Republic Square,di sini,sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Maldives.

RINGKASAN BERITA AI

Delegasi Malaysia disertai Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri R. Ramanan.

Sambutan rasmi turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh 12 pelajar sekolah serta perarakan budaya yang diiringi paluan gendang tempatan dan adat tradisional.

Sejurus selesai,kedua-dua pemimpin dijadual mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Presiden bagi membincangkan kerjasama dua hala serta meneroka potensi dalam bidang baharu.