
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Dr Mohamed Muizzu / Foto BERNAMA
MALE,15 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke Maldives hari ini bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kedua-dua pemimpin kemudian dijadual menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan dan hal ehwal Islam sebelum mengadakan sidang media bersama.
Perdana Menteri turut akan diraikan dalam Majlis Sambutan Rasmi di Republic Square.
Maldives merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di Asia Selatan dengan jumlah perdagangan mencecah RM762.78 juta pada 2025,manakala eksport Malaysia ke Maldives pula berjumlah RM786.2 juta.
Malaysia turut mencatat lebihan perdagangan RM751.67 juta,sekali gus menjadikan Maldives sebagai destinasi eksport penting bagi negara.