Berita Hotel

Sambutan Hari Kebangsaan: 50,000 pengunjung meriahkan sambutan di Ipoh

Aug 31, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

IPOH,31 Ogos – Kira-kira 50,000 masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak 2026 di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh hari ini,yang turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

RINGKASAN BERITA AI

Perarakan turut disertai lima pasukan pancaragam sekolah.

Sementara itu,kontinjen kenderaan membabitkan 16 penyertaan dengan 301 unit kenderaan dan 584 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan,badan berkanun,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Sambutan bermula 7.30 pagi dalam suasana meriah dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai kaum.

Usai acara perarakan,Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri 2026.

Pada majlis itu,Sultan Nazrin berkenan menyampaikan sumbangan kepada 11 wira negara terdiri daripada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak 2026.