
Banjir kilat berlaku di Bright Angel Canyon dan kawasan Phantom Ranch/Foto orang awam Facebook
LOS ANGELES,31 Ogos – Lebih 20 orang mungkin hilang atau belum dapat dikesan susulan kejadian banjir kilat di Taman Negara Grand Canyon di Arizona,Amerika Syarikat (AS),kata pihak berkuasa pada Ahad,lapor Xinhua.
RINGKASAN BERITA AI
−
Banjir kilat itu menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur di seluruh Bright Angel Canyon.
Hampir semua jambatan pejalan kaki yang merentasi Bright Angel Creek musnah,menyebabkan pendaki tidak dapat menyeberangi anak sungai itu,menurut pegawai taman.
Pegawai berkata beberapa bahagian Taman Negara Grand Canyon ditutup,manakala Sungai Colorado turut ditutup sehingga dimaklumkan kelak susulan struktur logam dan puing memasuki sungai berkenaan.
Mereka turut memberi amaran bahawa ribut petir dan hujan lebat tambahan berkemungkinan berlaku pada Ahad dan Isnin,yang boleh mencetuskan banjir kilat,aliran puing serta runtuhan batu,selain mengubah keadaan laluan pendakian dan sungai. – BERNAMA-XINHUA