Berita Hotel

Banjir Nepal: Kedutaan Malaysia terus pantau perkembangan terkini

Aug 27, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

KUALA LUMPUR,27 Ogos – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu terus memantau perkembangan terkini susulan banjir besar yang melanda Sungai Bhote Koshi,Rasuwa,Nepal,awal pagi semalam.

RINGKASAN BERITA AI

−

Katanya,pihak berkuasa tempatan memberi keutamaan kepada mangsa yang mengalami kecederaan parah untuk dibawa ke Kathmandu bagi mendapatkan rawatan.

Sehubungan itu,pihak kedutaan turut berhubung rapat dengan hospital-hospital di Kathmandu bagi mengesan sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang dibawa ke ibu negara Nepal untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu,Mohd Firdaus meminta semua pihak bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Nepal susulan bencana berkenaan.