Berita Hotel

34 warga Australia antara yang hilang dalam banjir besar Nepal-Tibet

Aug 27, 2026 IDOPRESS

Detik-detik cemas yang dirakam menerusi kamera pemantauan di sempadan Nepal-Tibet – Foto AFP

SYDNEY,27 Ogos – Seramai 34 warga Australia dilaporkan hilang selepas banjir besar melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet.

RINGKASAN BERITA AI

Jumlah korban dijangka terus meningkat.

Kementerian Luar Australia memaklumkan pihaknya mengambil maklum terdapat beberapa warga Australia di kawasan terjejas dan pegawai negara itu sedang berusaha mengesahkan keadaan mereka.

Jurucakap kementerian berkata,pihaknya turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta syarikat pengendali pelancongan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai mangsa. – AFP