
Foto REUTERS
SEOUL,24 Ogos – Sebuah kapal kontena Korea Selatan berlepas pada Sabtu untuk pelayaran komersial pertamanya ke Eropah melalui laluan Artik,dalam usaha kemampuan laluan berkenaan dan menjadikan Busan sebagai hab maritim global.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagaimanapun,inisiatif itu berdepan konflik dengan sekutu Barat Korea Selatan yang berusaha mengekalkan pengasingan Rusia susulan perang di Ukraine.
Seoul telah mengadakan rundingan dengan Moscow berkaitan pelayaran berkenaan,termasuk mengenai keperluan mendapatkan bantuan sekiranya kapal menghadapi masalah sepanjang perjalanan seperti terperangkap dalam ais.
Kementerian Lautan dan Perikanan Korea Selatan serta Kementerian Luar Rusia tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas mengenai pelayaran itu. – REUTERS.