
Gambar hiasan/AFP
KHARTOUM,3 Ogos- Sekurang-kurangnya 35 orang maut termasuk empat pemimpin suku kaum dan dua komander Pasukan Sokongan Pantas (RSF) selepas serangan dron ke atas sebuah mahkamah tradisional di Darfur,Sudan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kampung Garra al-Zawaya terletak berhampiran bandar Kabkabiya di Darfur Utara,kira-kira 150 kilometer di barat El-Fasher,yang sebelum ini menjadi kubu terakhir tentera Sudan di Darfur sebelum ditawan RSF dalam serangan besar-besaran Oktober lalu.
Konflik antara tentera Sudan dan RSF tercetus sejak April 2023 selepas perebutan kuasa antara ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan dan pemimpin RSF,Mohamed Hamdan Daglo.
Peperangan itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa,menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal serta mencetuskan krisis kebuluran dan pemindahan terbesar dunia menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kedua-dua pihak berdepan tuduhan melakukan jenayah perang termasuk serangan rambang terhadap orang awam. -AFP