Berita Hotel

Tiga hala tuju utama pacu reformasi perundangan negara

Aug 3, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

PUTRAJAYA,3 Ogos – Tiga hala tuju utama digariskan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) (BHEUU) menerusi Pelan Strategik BHEUU 2026–2030 bagi memacu reformasi perundangan negara,memperkukuh akses kepada keadilan serta meningkatkan keupayaan digital organisasi.

RINGKASAN BERITA AI

−

Datuk Seri Azalina berkata demikian selepas melancarkan Pelan Strategik BHEUU 2026–2030 serta Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU 2026–2030 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata,Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU 2026–2030 akan menjadi pemacu transformasi digital organisasi menerusi penggunaan teknologi pintar bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan,mempercepat proses kerja serta memperkukuh keselamatan dan integriti sistem.

Bagaimanapun,beliau menegaskan kejayaan kedua-dua pelan itu tidak hanya bergantung kepada dokumen strategik,sebaliknya memerlukan komitmen seluruh warga BHEUU bagi memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara berkesan dan berorientasikan hasil.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),M. Kulasegaran a/l V. Murugeson.