Berita Hotel

Larian Cergas Parlimen diperluas ke 222 kawasan Parlimen

Jul 21, 2026 IDOPRESS

Tan Sri Johari Abdul/ RTM

KUALA LUMPUR,21 Julai- Program Larian Cergas Parlimen akan diperluaskan ke semua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara secara berfasa selepas pelancaran peringkat kebangsaan di Bangunan Parlimen di sini pada 25 Julai ini.

RINGKASAN BERITA AI

Katanya,program itu bukan sahaja memberi penekanan terhadap kecergasan fizikal,malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara Ahli Parlimen dengan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan menjelang sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Beliau turut menyeru semua Ahli Parlimen memastikan pelaksanaan program berkenaan di kawasan masing-masing bagi menggalakkan penyertaan masyarakat secara menyeluruh.

Larian sejauh lima kilometer (km) itu akan bermula di hadapan Parlimen Malaysia dan melalui beberapa kawasan termasuk Tugu Negara sebelum berakhir di Parlimen.

Orang ramai yang berminat menyertai acara ini boleh mendapatkan maklumat lanjut serta membuat pendaftaran melalui pautan https://getbiib.com/events/1689.