
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Facebook Anwar Ibrahim
NILAI,17 Julai — Malaysia tidak akan mampu menjadi sebuah negara maju sekiranya masyarakat terus menyemai budaya kebencian,perkauman dan sikap tidak menghormati antara satu sama lain,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut beliau,bakal guru perlu memainkan peranan penting dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia serta insan yang memiliki nilai kemanusiaan.
Pada masa sama,Perdana Menteri menegaskan setiap perjuangan perlu diterjemahkan melalui tindakan dan bukannya sekadar slogan atau retorik.
“Apabila diberi amanah sebagai guru,penjawat awam atau pemimpin,tunjukkan contoh yang baik dengan bekerja bersungguh-sungguh dan membela nasib seluruh rakyat,” katanya.