Berita Hotel

Pendidikan kekal terima peruntukan terbesar setiap tahun

Jul 18, 2026 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Temu Anwar bersama pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek/Foto BERNAMA

NILAI,17 Julai – Pendidikan akan terus menjadi keutamaan kerajaan dengan menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan setiap tahun bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya saing.

RINGKASAN BERITA AI

“Budaya yang sihat itu mesti ada striving for excellence. Cara kita belajar,pendekatan kita,cara kita bergaul,akhlak kita dan kerja kita,” katanya.

Beliau berkata,usaha memperkukuh sistem pendidikan turut memerlukan perubahan dalam pendekatan pembelajaran dengan memberi penekanan kepada bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM),teknologi digital,kecerdasan buatan (AI) serta inovasi bagi memenuhi keperluan masa depan negara.

Katanya,perkembangan pesat teknologi termasuk AI dan transisi tenaga menuntut sistem pendidikan sentiasa berkembang agar graduan yang dilahirkan kekal relevan serta mampu memenuhi keperluan industri.

“Semua perubahan itu memerlukan inovasi dan kaedah pemikiran baharu,” katanya.