
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Temu Anwar bersama pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek/Foto BERNAMA
NILAI,17 Julai – Kerajaan akan terus menanggung beban fiskal yang besar bagi memastikan harga petrol RON95 kekal antara yang terendah di dunia meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan tekanan geopolitik yang menjejaskan pasaran tenaga.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Harga minyak di Malaysia RM1.99 seliter. Arab Saudi merupakan antara pengeluar minyak terbesar dunia,tetapi harga minyak kita lebih rendah,” katanya.
Beliau berkata,kemampuan kerajaan mengekalkan subsidi pada skala tersebut bergantung kepada usaha memperkukuh tatakelola kewangan awam menerusi pengurangan ketirisan dan peningkatan kecekapan perbelanjaan kerajaan.
Hasil penjimatan itu,katanya,membolehkan kerajaan bukan sahaja meneruskan subsidi bahan api,malah memperuntukkan RM15 bilion bagi pelaksanaan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun ini.