
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Semakan Pertengahan Penggal NUA di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini / Foto KPKT
NEW YORK,17 Julai – Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa mempercepat pelaksanaan Agenda Bandar Baharu (NUA) menjelang 2030.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Semakan Pertengahan Penggal NUA di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Khamis.
Nga yang juga Presiden Perhimpunan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menerajui pembangunan bandar mampan di peringkat global menerusi kerangka Ekonomi MADANI.
Beliau berkata Malaysia bersama rakan serantau terus memperjuangkan Platform Tindakan Bandar Asia Pasifik (AP-UAP) sebagai mekanisme untuk mempercepat pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Platform itu turut bertujuan memperkukuh perkongsian pengetahuan rentas sempadan dan memperluas pembiayaan infrastruktur hijau di rantau Asia Pasifik.
“Malaysia telah merekodkan lebih 500 juta kaki persegi bangunan berindeks hijau dan jumlah itu dijangka terus meningkat sebelum 2030,” katanya.