
Gambar sekadar grafik
WASHINGTON,16 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump mengancam akan meluaskan serangan ke atas Iran dengan menyasarkan loji janakuasa dan jambatan minggu depan sekiranya Tehran enggan kembali ke meja rundingan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagaimanapun,jurucakap Kementerian Luar Iran,Esmaeil Baghaei menafikan dakwaan itu.
Beliau berkata,Tehran tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengadakan rundingan buat masa ini dan kekal memberi tumpuan kepada aspek pertahanan.
Sementara itu,Baghaei berkata,memorandum persefahaman (MoU) antara Iran dan AS hanya akan dipatuhi selagi kedua-dua pihak melaksanakan komitmen masing-masing.
Speaker Parlimen Iran,Mohammad Bagher Ghalibaf turut menegaskan MoU itu tidak lagi bermakna sekiranya Iran tidak memperoleh manfaat daripadanya. – REUTERS