
Foto hiasan / RTM
KUALA LUMPUR,1 Jun – Pengendali Terminal Bersepadu Selatan (TBS) iaitu Terminal Management and Services Sdn. Bhd. (TMAS) menyatakan sokongan terhadap langkah kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang menetapkan operasi bas ekspres dijalankan di terminal berlesen.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Terminal berlesen juga berfungsi sebagai platform rasmi untuk pemantauan,audit dan penguatkuasaan selain menyediakan saluran yang lebih teratur bagi pengguna mengemukakan aduan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan,” tambah beliau dalam kenyataan yang sama.
TMAS turut menegaskan pelaksanaan dasar secara konsisten kepada semua pengendali penting bagi memastikan persaingan yang adil dalam industri pengangkutan awam.
Dalam masa sama,TMAS berpandangan terminal berlesen turut memainkan peranan penting dalam usaha memodenkan industri pengangkutan awam menerusi penggunaan teknologi seperti tiket elektronik,kod QR dan sistem maklumat perjalanan masa nyata.
TMAS yakin pelaksanaan dasar yang konsisten mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem pengangkutan awam negara,sekali gus membantu mewujudkan industri yang lebih profesional,mampan dan berdaya saing.