Berita Hotel

Lebih 900 kes disyaki Ebola dilaporkan di DR Congo

May 25, 2026 IDOPRESS

Ibu pejabat WHO/ REUTERS

KINSHASA,25 Mei – Lebih 900 kes disyaki Ebola termasuk 101 kes disahkan dilaporkan di Republik Demokratik Congo (DRC),menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi media sosial pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI

Kerajaan DRC pada Sabtu mengumumkan gelombang baharu wabak Ebola semakin menular di negara itu,dengan semua penerbangan penumpang ke dan dari Bunia,ibu kota wilayah Ituri di timur DRC,digantung.

Wilayah berkenaan merupakan antara kawasan paling terjejas akibat penularan wabak tersebut.

WHO pada Jumaat lalu meningkatkan tahap risiko kesihatan awam bagi wabak Ebola semasa di DRC daripada ‘tinggi’ kepada ‘sangat tinggi’,manakala risiko penularan di peringkat global kekal ‘rendah’.- REUTERS