Berita Hotel

Peruntukan program WBL dipertingkat kepada RM9.9 juta, iktiraf pengalaman anggota ATM

May 15, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang media Majlis Peluncuran Program WBL di Kem Terendak/Foto BERNAMA

MELAKA,15 Mei – Kementerian Pertahanan memperuntukkan hampir RM10 juta bagi memperluas Program Work-Based Learning (WBL) pada 2026,meningkat daripada RM3 juta tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI

Datuk Seri Mohamed Khaled turut menyampaikan sijil tamat pengajian kepada 30 peserta Kohort 1/2025 dan surat tawaran kepada 20 peserta baharu Kohort 2/2026.

Sehingga kini,seramai 461 anggota ATM menerima manfaat Program WBL,melibatkan 231 peserta di UiTM dan 230 di UPNM,dengan kesemuanya dijangka menamatkan pengajian pada November dan Disember ini.