Berita Hotel

PM arah bantu segera sekolah agama terbakar di Bachok

Apr 14, 2026 IDOPRESS
KUALA LUMPUR, 14 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) serta agensi berkaitan menyegerakan tindakan susulan…

Perdana Menteri mengarahkan bantuan segera bagi kerja pemulihan di sekolah berkenaan

KUALA LUMPUR,14 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) serta agensi berkaitan menyegerakan tindakan susulan kebakaran di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Bachok,Kelantan,pada Ahad lalu.

RINGKASAN BERITA AI

Katanya,supaya sekolah berkenaan kembali berfungsi seperti sediakala.

Beliau turut menegaskan bahawa aspek keselamatan,keselesaan dan kebajikan pelajar dalam menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

Semalam,Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek memaklumkan kementerian itu telah memperuntukkan RM100,000 bagi kerja-kerja pembersihan dan pembaikan.

Dalam kejadian petang Ahad,tiga blok bangunan sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran.