Berita Hotel

Iran putuskan diplomasi langsung dengan AS susulan ketegangan menjelang tarikh akhir Trump

Apr 8, 2026 IDOPRESS

Presiden AS Donald Trump

ANKARA,7 April (Bernama-Anadolu) – Iran telah memutuskan komunikasi langsung dengan Amerika Syarikat (AS) susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk memusnahkan “seluruh tamadun” Iran,lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan media pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI

−

Pihak Rumah Putih tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan untuk mengulas mengenai perkara itu.

Terdahulu,Trump memberi amaran bahawa “seluruh tamadun akan musnah  malam ini,dan tidak akan dapat dikembalikan semula” – kenyataan yang mencetuskan pelbagai spekulasi ketika tarikh akhir pukul 8 malam Waktu Timur (0000 GMT Rabu) yang ditetapkannya untuk Iran semakin hampir. – BERNAMA-ANADOLU